Selasa, 2 Mei 2017

Tips:Elak mengumpat!


01.BANYAK-BANYAK INGAT ALLAH!
Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan, dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah. Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah. Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.Dosa tetap dosa walaupun kita hanya mengumpat sesama keluarga atau suami isteri je dlm bilik. Hukum tetap sama.

02.TENGOK KELEMAHAN SENDIRI
Bila yang nak jadi moderator ‘umpat-umpat’ tu kawan baik kita sendiri..Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

03.DOA SESAMA SENDIRI
Bila yang nak ajak mengumpat tu orang tua daripada kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?Apa kata kalau tak dapat nak elak pun. Sambil dia lafaz kata2 tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa. Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya SAHABAT kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

04.AMBIL WUDHU’ CEPAT2
Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..Dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib. Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah. Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

05.DENGAR ALUNAN ZIKRULLAH
Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

06.CUBA LETAKKAN DIRI ANDA DI POSISI YANG DIUMPAT
Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…

07.MINUM AIR BANYAK-BANYAK
Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.

08. melawan keinginan berbuat jahat
Apabila terasa hendak buat jahat, hati cepat- cepat berkata. "CUKUP! BERHENTI DI SINI!" dan menyakitkan anggota badan untuk memberi peringatan pada diri supaya tidak melakukan kemungkaran. contoh tampar mulut sendiri

09.Ingat dosa.
Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

10.Berdiam diri
cuba berdiam diri bila kawan kita ajak mengumpat. mungkin boleh membalas setiap kata dengan senyuman sinis dan angukan pelahan sehingga kawan kita hilang ayat dan tugas kita segera tukar topik lain yang dirasakan boleh membuat perbualan ceria dan bermanfaat tanpa perlu mengumpat

11.ELAK AYAT menghalalkan dosa
ayat 2dibawah membuatkan kta nampak baik tapi sebenarkan hati jahat kita sedang merencanakan ayat untuk makan bangkai saudara kita sendiri

  • kita bukan nak cakap tapi dia....
  • kita bukan ape tapi dia..
  • dia tu lebih.......dari aku tapi...
  • aku dah buat mcm2 u dia.. tapi
  • kita cakap benda betul je
  • kita cuma luah perasaan je sebab nk ubat hati yang sakit


# semoga Allah jauhkan kita dari sifat keji dan mungkar. Amin....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...