Rabu, 17 Mei 2017

Tips agar diri dihormati

Menghormati dan menghargai orang lain

  • perkara yang paling penting untuk mendapatkan penghormatan haruslah menghormati orang terlebih dahulu walaupun orang itu hanya orang bawahan anda ataupun orang yang lebih muda

Berkata benar dan bersikap jujur

  • secara fitrahnya manusia memang tidak suka ditipu jadi jangan lakukan. walau hanya perkara kecil. contoh anda masih dirumah sedang minum teh tetapi apabila anda mendapat pangilan orang yang sedang menunggu anda cakap anda dalam pejalanan. Hati2 mungkin pada ketika itu anak anda sedang mendengar secara tidak langsung anda telah mendidik mereka menipu..jadi jangan salahkan anak bila dia menipu bila dah besar nanti sebab anda yang ajar. Mungkin anak anda juga tidak akan hormati anda kerananya.
  • ingat kepercayaan adalah satu yang sangat berharga sekali hilang mungkin selama2nya hilang. Jadi jangan marah atau rasa terhina bila orang dah tak percaya lagi bila anda bercakap benar..Anda yang cari penyakit ok..satu lagi ingat orang yang ditipu mungkin akan bercerita dengan orang lain tembelang anda kerana tidak mahu orang lain jadi mangsa

Jaga penampilan bersih dan rapi

  • Penampilan sangat penting untuk first impression. Penampilan melambangkan diri anda. Jika sesorang berpakaian seksi selalu dikatakan tak ada maruah. manakala seorang yang selekeh pula dikatakan pengotor.. Jika mahu dihormati jaga penampila agar kelihatan sopan, kemas dan bersih. Selain itu pakailah pakaian mengikut situasi contoh pakai baju formal ketika majlis rasmi dan pakai pakaian yang santai sewaktu berkelah.
  • jangan sesekali kata i seksi tapi hati i baik.. atau i selekeh tapi tak bermakna i pemalas i rajin ok..oops sorry bukan semua orang kenal anda ok..kalau pakaian tak senonoh tu dari jauh pun dah nampak macam mana orang nak hormat kalau mereka tak kenal anda jangan malukan orang terdekat anda ye. nanti tak pasal orang terdekat anda pn hilang hormat kerana rasa malu.

Berlaku sopan dalam perkataan dan perbuatan

  • Berkelakuan sopan sangat penting jika anda berkelakuan buruk memang lah orang tak hormat walaupun anda seorang ketua, atau orang yang dah tua..hehehe jangan marah orang yang berpengalaman sebenarnya..

Percaya diri

  • Anda perlu yakin setiap apa yang anda lakukan..jika tak macamana orang nak yakin dengan anda..mohon pertolongan dari Allah agar hilangkan perasaan was2.

Berpikir positif

  • orang yang berfikiran positif sangat  disenangi ramai kerana bersamanya pasti terasa bermotivasi...anda orang yang hebat jika dapat mengawal fikiran menjadi positif..

Menepati janji

  • memang mudah berjanji.. tapi ingat jangan lakukanya jika tak mampu lakukan..sekali anda mungkir  mungkin selamanya orang tak akan hormat anda lagi


jaga maruah 

  • jaga nama baik anda jangan lakukan sesuatu yang boleh mencalarkan maruah anda. nama yang buruk membuatkan orang tak akan hormat

jangan mengunakan bahasa yang kesat 

  • jangan  bercakap bahasa kesat walaupun bergurau atau hanya 1 perkataan jangan sesekali gunakanya..apalagi jika membebel2 mengunakan bahasa kesat..ia akan menghilangkan maruah diri dan pasti orang yang mendengar tidak akan hormat anda walaupun anda maki orang lain..mungkin waktu itu orang yang menengar kelihatan seperti menyokong dan kesian dengan anda tapi pasti dihati kecil mereka tak sukakan ya..dan mungkin perlahan2 akan jauh dengan anda kecuali jenis talam 2 muka..mereka akan jadi penyokong dihadapan anda tetapi dibelakang anda pula yang jadi bahan..hati2 ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...