nota k.tradisional dan pahang


ALATAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIPERLUKAN SEBELUM  PROSES MEMLUKIS POLA, MEMOTONG FEBRIK &  MENJAHIT BAJU
1.     Alatan asas yang diperlukan
·         Pitar ukur
·         Pensil
·         Pembaris lurus
·         Pembaris L
·         Pembaris body
·         Pemadam
·         Kertas minyak
·         Kapur
·         Gunting
·         Kacip
·         Penetas
·         Jarum
·         Benang
·         Mesin jahit
·         Febrik

2.     Mengukur
·         Alatan yang diperlukan – tali ukur
·         Ukuran boleh diperolehi daripada baju contoh atau ukuran daripada badan pelanggan secara langsung
·         Ukuran yang perlu dibuat ialah :
·         Ukuran leher
·         Bahu
·         Dada
·         Mercu ke mercu
·         labuh pinggang
·         Pinggang
·         pinggang ke punggung
·         labuh punggung
·         Ukuran punggung
·         Labuh lengan
·         Ukuran buka lengan
·         Labuh baju
·         Labuh kain /labuh seluar
·         Setiap ukuran perlu direkodkan bagi memudahkan proses membuat pola nanti
3.     Melukis pola
·         Pola adalah plan atau draf yang dibuat sebelum mengunting fabrik.
·         Pola dapat mengurangkan kesalahan semasa memotong febrik.
·         Pola boleh dilukis pada kertas minyak mengunakan pensil terlebih dahulu atau terus dilukis pada febrik dengan mengunakan kapur
·         Pola disediakan disetiap bahagian baju mengikut fesyen.

4.     Memotong febrik
·         Sebelum memotong pastikan pola mempunyai basi penjahit jika belum disediakan jarak ruang untuk basi penjahit.
·         Basi penjahit adalah ruang antara tepi febrik dengan garis jahitan.
·         Selepas memotong kira berapa keping bahagian febrik yang diperlukan bagi. memastikan febrik mencukupi atau tiada bahagian yang tertinggal atau hilang.

5.     Menjahit dan mencantum
·         Ada dua jenis jahitan iaitu mengunakan tangan dan menggunakan mesin.
·         Proses menjahit akan diterangkan secara lengkap pada setiap bahagian baju mengikut  fesyen.
6.     Mengosok
·         Anda dinasihatkan mengosok febik setiap kali anda siap menjahit atau mencantum setiap bahagian supaya hasil jahitan lebih cantik dam kemas.
·         Semasa mengosok dibahagian basi penjahit tekan sedikit supaya kemas.
·         Kesilapan yang biasa dibuat adalah garisan di bahagian cantuman seperti tepi baju, tepi seluar dan bawah lengan. Pastikan anda tidak melakukanya kerana kelihatan kurang menarik.
·         Garis yang cantik boleh dibuat dibahagian bahu, atas lengan dan tengah seluar.
·         Semasa mengosok bahagian pangkal lengan yang bercantum dengan badan, jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan meninggalkan kesan kedutan yang kurang menarik bagi baju yang mempunyai rekaan fesyen mengikut potongan badan.

Baju Kurung


                                                       
Penerangan pola A
1-2          :labuh baju
2-12       :kelepet  1 ½” @2”
1-3          :ukuran bahu + 1” basi penjahit
2-4          :sama 1 ke 3
3-5          :ukuran labuh lengan +1/2” basi penjahit
5-13       :kelepet =1 ½” @2”
6-5          :1/2 ukuran buka lengan + ½ basi penjahit
3-7          :jika untuk orang gemok  ½ ukuran  ketiak+ 1½”@jika orang kurus ½ ukuran bahu + ½”           basi penjahit
7-8          :pesak atas 2 ½”+ 1” basi penjahit untuk orang kurus @1/8 bahu + 1” basi penjahit untuk         orang gemok
4-9          :pesak bawah  4 ½”+1”basi penjahit untuk orang kurus @1/4 bahu +1” basi penjahit
8-10       :kekek empat segi tepat 3”+1” basi penjahit @ 4”+ 1” basi penjahit



Pola  Bahagian leher

Penerangan pola
1-2          :garisan tengah bahu
1-3          :1/6 ukuran leher
1-4          :naikkan  ¾” untuk leher bahagian belakang
1-5          :1/6 ukuran leher +1/4” @1/2”
4-5          :bentuk  kan bulatan
5-8          :panjang belahan 4 ½”


  1. Memotong febrik
  2. ·         Untuk elak dari febrik bergerak pinkan kertas minyak dan febrik dengan jarum peniti.
  3. ·         Pastikan pola diatas kertas minyak telah dilukis dengan basi penjahit jika tidak sediakan ruang untuk basi penjahit
  4. ·         Basi  penjahit yang luas dapat memudahkan anda membesarkan saiz pakaian sekiranya badan anda naik kelak
  5. ·         Bagi memastikan baju tidak berkedut semasa anda menjahit kecilkan basi penjahit dibahagian yang berlekok seperti leher
  6. ·         Pastikan anda ada 2 keping bahagian badan iaitu depan dan belakang, 4 keping pesak, 2 keping kekek, 2 keping bahagian lengan,dan 2 keping bahagian kain. Untuk pinggang sediakan kain lebar 5”dan panjang keliling punggung +3” bagi getah pinggang. Manakala jika anda buat ben pinggang tanpa getah lebar 5” dan panjang keliling pinggang +3”. Sediakan juga kain lapik untuk leher dalam panjang  13” lebar 10”, tetapi saiz kain lapik bergantung kepada saiz leher anda.
  7. ·         Jika anda menggunakan getah untuk kain anda, ukuran getah anda perlu ditolak 3” tetapi jika anda pilih ben pinggang, gunakan ukuran pinggang sebenar

Menjahit
·         jahit tepi setiap bahagian yang telah dipotong.
·         Jahit tepi adalah untuk mengelak dari fabric berbulu.
·         Semasa proses menjahit dan mencantum  anda digalakkan untuk gosok disetiap bahagian setelah siap cantumkan setiap bahagian untuk hasil yang lebih cantik.
·         Cantumkan bahagian bahu terlebih dahulu untuk memudahkan leher di potong
·         Setelah leher di potong, jahit kain lapik  leher
·         Kemudian jahit sembat atau jahit tepi dan silang
pangkah pada lapik.
·         Bahagian lain hanya boleh dicantum selepas bahagian leher selesai
supaya proses tebuk leher menjadi mudah.

·         Cantumkan bahagian pesak dan kekek
·         Anda boleh smbungkan pesak depan dengan kekek terlebih dahulu kemudian semasa hendak sambungkan pesak belakang anda sambungkan dengan kekek yang dah bercantum dengan pesak hadapan tadi.
 

·         Jika anda berminat untuk menyedakan kocek di baju kurung anda. Anda ukur 2” dari kekek kemudian anda jahit cantuman pesak belakang dengan kekek yang dah bercantum dengan pesak hadapan kemudian ukur lagi 5”@6”@7” bergantung luas mana bukaan kocek yang anda inginkan. Tinggalkan bahagian itu jangan jahit disitu kemudian baru anda habiskan jahitan yang seterusnya.
·         Jahit keliling mulut kocek anda.
·         Untuk kain lapik dalam kocek saiz bergantung dalam mana anda inginkan kocek anda nanti. Dalam 12” panjang biasanya sudah memandai untuk saiz normal. Lebar pula sama dengan saiz dua pesak depan dan belakang yang sudah bercantum. Kemudian cantumkan kain lapik dengan pesak dibahagian kocek yang anda inginkan tadi.
             Kemudian anda boleh cantumkan bahagian lengan dan seterusnya
 badan.
·    
 




baju kurung Pahang



Penerangan
1-2          :labuh baju
1-3          :ukuran bahu ke pinggang tolak 1”
1-4          :1/2 bahu
4-6          :labuh lengan
4-7          :1/2 bahu @1/2ketiak+1”
6-8          :1/2 buka lengan
7-9          :masukkan ¾”
7-10       :1/2 dar i4-7
5-11       :masukkan ¾” baris lurus ke 13
5-12       :7” @ 8”
13-14     :1/2 daripada 7-10
14-15     :naikkan ¾”garis lurus ke 15
8-16       :masukkan 1”
7-17       :pangkal lengan ke siku
17-18     :masukkan 1” @2”



Memotong febrik

·         Untuk elak dari febrik bergerak pinkan kertas minyak dan febrik dengan jarum peniti.
·         Pastikan pola diatas kertas minyak telah dilukis dengan basi penjahit jika tidak sediakan ruang untuk basi penjahit
·         Basi  penjahit yang luas dapat memudahkan anda membesarkan saiz pakaian sekiranya badan anda naik kelak
·         Bagi memastikan baju tidak berkedut semasa anda menjahit kecilkan basi penjahit dibahagian yang berlekok seperti leher
·         Pastikan anda ada 2 keping bahagian badan iaitu depan dan belakang, 4 keping pesak, 2 keping kekek, 2 keping bahagian lengan,dan 2 keping bahagian kain. Untuk pinggang sediakan kain lebar 5”dan panjang keliling punggung +3” bagi getah pinggang. Manakala jika anda buat ben pinggang tanpa getah lebar 5” dan panjang keliling pinggang +3”. Sediakan juga kain lapik untuk leher dalam panjang  13” lebar 10”, tetapi saiz kain lapik bergantung kepada saiz leher anda.

Menjahit
·         jahit tepi setiap bahagian yang telah dipotong.
·         Jahit tepi adalah untuk mengelak dari fabric berbulu.
·         Anda digalakkan untuk gosok disetiap bahagian setelah siap cantumkan setiap bahagian untuk hasil yang lebih cantik.
·         Cantumkan bahagian bahu terlebih dahulu untuk memudahkan leher di potong
 Setelah leher di potong, jahit kain lapik  leher
·         Kemudian jahit sembat atau jahit tepi dan silang
pangkah pada lapik.
·         cantumkan bahagian kekek depan dan belakang

·         Kemudian smbungkan dengan pesak
·         Kemudian anda boleh cantumkan pesak dan lengan seterusnya
 badan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...