Rabu, 31 Mei 2017

tips pakai baju lycra tp tak nak seksi demi menjaga aurat dan maruah diri

lycra memang selesa lembut, sejuk, tak kedut, cantik dan banyak lagi la kelebihan. Jadi nasihat saya untuk sahabat yang hendak memakai jubah material ini ialah pastikan 

1.sahabat memakai pakaian di bahagian dalam seperti t-shirt atau baju dengan material kain cotton atau koshibo atau kain yg tebal2 lah kerana ia dapat mengurangkan sifat lycra yang melekat ke tubuh. "eh..x panas ke?" jawapan ye tak sebab lycra memang jenis kain sejuk so ok2 je klu pakai lapisan 
dalam

2.jubah jenis lycra pula kalau boleh belilah yang design cuttingnya princess cut di mana ia mengembang besar dari pinggang hingga ke bawah supaya kainnya tidak melekat ke tubuh.

3. Pakai tudung labuh supaya menutup aset yg sangat bernilai. melebihi punggung yg terbaik. jika melebihi punggung tak perlu lakukan no 1 pn blh,

4. Jenis kain pula pastikan lycra yg  berkualiti. Jom tengok perbandingan ni :

Lycra Nipis:

  • Nipis/Tembus cahaya
  • Ada juga jenis tebal sikit
  • Biasanya digunakan untuk kain2 alas meja/backdrop @ langsir untuk khemah,pelamin pengantin
  • Murah gila RM2 @ 1.50 per meter ( bodek2 dapatle murah.muehehe)
  • Tak sesuai untuk buat tudung ( aje gila nak buat tudung weh..panas tak bernafas kepala korang nanti..hahah)
  • Material tak serap peluh
  • Stretchable ( tarik la banyak2, nampak macam meregang macam rosak tapi sebenarnya pastu boleh kembali ke bentuk asal semula )
Lycra Cotton

  • Ada banyak grade ( grade A, B, C,etc ikut tempat )
  • Grade A paling bagus untuk buat tudung sebab serap peluh,sejuk dipakai, tahan lama ,etc
  • Kalau Grade C , material macam nipis sikit dan mudah koyak 
  • Stretchable 2 arah ( maknanya ko tarik kiri or kanan die tetap meregang, kalau 1 je bahagian meregang means kena ada skill tertentu untuk buat tudung yang cantik dan kemas)
  • Material serap peluh 100% terbaik!
  • Harga paling murah 28+ & paling mahal 50++ ( tengok tempat )
  • Tahan lasak (untuk grade A dan B)
  • Tidak tembus cahaya (kecuali grade C)
  • Grade A kebanyakan dijual di luar Malaysia,
Lycra stretchable

  • Camne nak bezakan? Terutamanya untuk yang tak arif tentang jenis kain, regangkan kain di semua arah, akan ada 1 arah yang tak meregang macam arah lain. So ini salah 1 cara mengenal lycra stretchable
  • Serap Peluh namun hanya 70% anggaran
  • Harga paling murah pernah nampak rm7/meter hingga rm50++
  • Tahan lasak
  • Stretchable 1 arah sahaja
  • Kalau tak tau sangat, boleh tanya terus pada staff yang jual kain

Isnin, 29 Mei 2017

Cara elak rasa lapar ketika berpuasa


  1. Bersahur
  2. jangan makan makanan terlalu banyak minyak dan masin ketika bersahur
  3. banyak minum air masak ketika bersahur
  4. makan makanan yang manis ketika berbuka bukan waktu bersahur kecuali madu ia dapat memberi tenaga..boleh juga makan kurma kering waktu sahur dan yang basah waktu buka
  5. elak tidur lepas bersahur
  6. tidak makan bubur nasi, makanan dlm tin & makanan segera ketika bersahur
  7. bersahur dengan telur
  8. minum air kelapa semasa berbuka
  9. kurangkan makanan pedas
  10. lebihkan makan sayur, kekacang dan buah waktu sahur
  11. jangan lihat makanan, air walaupun gambar @ rancangan masak
  12. buat aktiviti waktu petang sebelum berbuka supaya tak rasa lapar menunggu



Khamis, 25 Mei 2017

penjagaan kain sutera

Saya nak sentuh dari segi aspek cara membasuh sutera. Yang saya maksudkan di sini adalah sutera yang bukan dry-cleaning. Basuh dengan tangan jika mahu menjaga kualiti kain anda. Dulu pernah masuk mesin padahal dah guna setting baby wash~45 minit, tapi kesannya baju tak nampak shining lagi/ pudar. Menyesal pun tak guna dah.


Cara membasuh sutera ialah guna pencuci seperti shower gel. Kemudian guna tangan nak hilangkan kotoran pada tempat-tempat yang mudah kotor/busuk seperti pada lengan, pinggang, leher, kaki kain. Jangan berus Jangan rendam sebab nanti mudah turun warna. Bila sudah guna tangan untuk hilangkan kotoran tu, terus bilas dengan air bersih.

Kalau ada mesin yang buka kat depan, spin sahaja dengan mesin itu. Spin sahaja! Spin berkesan sebab mengelakkan kain dari turun warna bila sidai. Namun begitu, jika mesin yang buka di atas, spin boleh rosakkan baju kerana mesin muka atas ni, cara berpusing tu agak brutal.

Jangan perah sampai berputar dan berpusing kain tu. Cara senang, letak baju pada ampaian, tangan genggam kain yang bahagian atas dan perah sedikit-sedikit sampai la ke bahagian bawah kain. Tangan kita yang bergerak untuk perah, bukan kain yang bergerak!
Semasa sidai, jangan sidai betul2 90 darjah bawah sinaran matahari. Pastikan pakaian anda diterbalikkan. Inside-out. Atau dalam erti kata lain, yang dalam tu dijadikan bahagian luar. Sinaran matahari yang terlalu panas, bukan sahaja ada UV, tetapi boleh menjejaskan warna kain. Kalau ampain bawah garaj ke, okay lah tu.

Semasa gosok, seterika yang stim mudahkan kerja anda. Kalau tiada seterika stim, seterika biasa pun xpe. Lembab-lembabkan sedikit baju dan gosok.

Masa duduk jangan biarkan baju anda tegang. Angkat sedikit bahagian bawah baju sebelum duduk untuk elak baju tegang.

MaDam AzrA FesYeN: Menjahit paiping di baju kurung.

MaDam AzrA FesYeN: Menjahit paiping di baju kurung.: Assalamualaikum buat semua pembaca yg beragama islam dan salam sejahtera utk yg bukan beragama islam.Salam sayang utk semua.Lama madam tak ...

Rabu, 24 Mei 2017

FLORABEADZ : TOTURIAL KURUNG PRINCES CUT

FLORABEADZ : TOTURIAL KURUNG PRINCES CUT: Gambar ni sy dapat dr fb, tapi x ingat sapa punye, sy pinjam ye,, mohon maaf x letak nama tuan punya gambar. cantik sgt baju beliau ni. ...

Isnin, 22 Mei 2017

betulkan sendiri mesin rosak

simptom-simptom demam mesin jahit 
  1. bila ON, motor berdengung lama (clutch motor)
  2. bila ON, terbit bau hangit (awas! OFF mesin dan segala suis...takuttt meletop)

solusinya:
  • tukar kapasitor

kosnya:

  • murah je kapasitor tu.RM 8 sahaja..suruh cik abg beli n psgkn.kalau panggil technician,mby beratus melayang
  • bawa kapasitor yg rosak tu kat kedai..beli yg sama jenis jgn yg tak sama tkt tak sesuai.

 jom  tengok kedudukan kapasitor pada mesin jahit industri







kolar yg sesuai untuk jenis2 bentuk2 leher



kolar tinggi memang cantik tapi sesuaikah untuk anda?
Image result for kolar tinggi
Image result for jenis leherImage result for kolar mandarin cheongsam

Jika anda seorang yang mempunyai leher yang panjang kolar tinggi sangat sesuai untuk anda..
tetapi jika anda berleher gemok dan pendek jauhkan diri anda dari kolar tinggi dan pilih baju yang tidak berkolar adalah yang terbaik tetapi jangan terlalu luas..bentuk v adalah yang terbaik..
Image result for leher baju Image result for leher leher v

Tips untuk Atasi Tumit Kering dan Merekah

Image result for punca Kaki merekah

Punca2

1. kasut terlalu besar ataupun longgar.Geseran ini akan membentuk garis halus yang kering di permukaan tumit.Pastikan saiz kasut betul-betul muat pada kaki dan jari kaki tidak bergoyang bila berjalan memakai kasut.

2.Kulit Tentu kering dan kulit tebal  
3. aktiviti yang berlebihan dengan kaki. Berdiri yang terlalu lama juga dapat menyebabkan tumit retak. 
4.berat badan berlebihan meningkatkan tekanan pada lemak normal di bawah tumit, sehingga menyebabkan kulit melebar . Jika kulit tidak memiliki fleksibilitas,  tekanan pada kaki menyebabkan tumit pecah-pecah . 
5.Penyakit kaki dan gangguan lain seperti Psoriasis, Eksim, penyakit tiroid, dan diabetes
 6.Kaki terkena air terus menerus terutama sambil berjalan dapat menyebabkan kehilangan minyak semulajadi kulit, dan menyebabkan kulit kering dan kasar. 
7.Berdiri lama di tempat lembab seperti dibilik mandi juga. 
8.Kulit bersisik, tebal, kering, dan kehilangan elastisitasnya kerana faktor usia. 
9.Keadaan yang kurang bersih pada kulit bersisik dan kering kerana iklim atau penyakit. 
10.kekurangan vitamin, mineral, zat besi dan sen
Petua atau cara mengatasi

1. Selalu amalkan setiap hari membasuh kaki dengan air suam bersabun.
Jangan amalkan menggunakan air panas kerana akan menyebabkan peredaran darah pada kaki akan terjejas.
2. Cuci di kawasan tumit kaki dan biarkan mengelupas dan gosok kan ia.

Ia bertujuan untuk buang segala sel-se mati.

3. Sentiasa keringkan di antara jari kaki.

Kerana jari kaki mudah bakteria tumbuh di kawasan lembap dan tertutup.

4. Melembapkan tumit kaki dengan losyen yang khas untuk tumit kaki yang merekah dan kering.

Amalkan memakai stoking jenis kain kapas.

5. Amalkan petua ini iaitu larutkan 1/4 cawan cuka putih dan air suam.

Air yang digunakan hingga menampung kaki sehingga buku lali. Asid asetik dalam cuka ringan melembutkan kulit kering menyebabkan mengelupas . Selepas itu dikeringkan dengan sempurna.

6. Petua menggunakan minyak zaitun yang disapukan pada pemukaan kulit tapak kaki.



7. Getah Betik

Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

8. AsamKeping @ Gelugor

Petua yang kedua ni sangat nudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapaur cari asam keping ni..Betul tak?? Macam mana nak buat?? 

9.Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.

10. Avokado

Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin Esangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. 

11. Minyak Zaitun

Sebelum tidur sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..

12. Kelapa parut

Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. 

Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati.

13. Tepung Beras

Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagian tumit yang merekah kembali seperti asal.

Khamis, 18 Mei 2017

ukuran kain yang patut kita tahu

  • ramai orang yang keliru antara meter dan ela. kebanyakan kita berpenapat meter dan ela adalah sama. tetapi sebenarnya tak.
  • kamu mungkin cukup 4 meter kain untuk buat 1 pasang baju bagi yang bersaiz m tapi tidak semestinya ela ye  bergantung pada fesyen baju. Terutama baju yg labuh..
  • ela adalah lebih kecil dari meter ye. 
  • 1 meter =100cm,manakala 1ela =91.44cm...
  • byk beza tu 100-91.44= 8.56cm

 

Tips Memilih Foundation Sesuai Warna Kulit

1.Ketahui warna dasar kulit

skintone foundation
Image : http://www.dailymail.co.uk/
. Ada tiga jenis warna lapisan bawah kulit yaitu warm (kuning), cool (pink), dan netral. Cara menentukannya kamu hanya tinggal melihat warna pembuluh darah di pergelangan tanganmu.
Kalau bagian tersebut terlihat kebiruan atau ungu berarti kamu memilki warna undertone cool. Sedangkan untuk yang berwarna hijau, kamu memiliki jenis undertone warm. Kalau kamu memilki kedua warnaya kamu memiliki undertone neutral.

2.Cuba foundation di tempat terang

foundation di tempat terang
Image : http://www.marieclaire.com/
tempat yang gelap akan menyebabkan warna kulit berubah.

3.Cuba foundation di bahagian rahang

coba foundation di rahang
Image : http://scene.sg/
Mungkin selama ini kamu cuba foundation di tangan. Ternyata cara seperti salah. Untuk mendapatkan warna foundation yang mendekati warna asli kulit sebaiknya kamu mencubanya di daerah sekitar rahang. Biarkan beberapa minit dan lihat hasilnya, apakah warnanya sudah pas. Oh ya jangan memilih warna foundation yang warnanya lebih terang dari wajah ya supaya tak nampak macam topeng..

4.Tentukan coverage yang tepat

foundation
Image : http://theit-girl.com/
Jenis foundation banyak dari yang cair sampai padat. ketika memilih foundation kamu juga harus tahu coverage yang kamu inginkan. Jika kamu menginginkan foundation full coverage kamu boleh menggunakan foundation cair atau krim. Untuk penggunaan foundation harian kamu pilih tinted moisturizer atau BB Cream atau CC Cream yang boleh meratakan warna kulit dan menghilangkan noda-noda di wajah.

5.Sesuaikan dengan jenis kulit

foundation header
Image : http://beautyhealth.tips/
mungkin kamu pernah membeli foundation  tapi kecewa karana warnanya tak tahan lama. Kalau kamu pernah merasakan hal ini mungkin kamu salah memilih jenis foundation. Biasanya foundation yang dijual di pasaran berbahan dasar air atau minyak. Jadi buat kamu yang berwajah berminyak hindari foundation yang oil based, sedangkan buat kamu yang berkulit kering cuba pilih yang berbahan dasar air dan mengandung banyak moisturizer.
Feature image : http://beautyhealth.tips/

LITTLE NAJWA: JIKA TIADA LAGI ESOK BAGIMU,APAKAH FIKIRMU?

LITTLE NAJWA: JIKA TIADA LAGI ESOK BAGIMU,APAKAH FIKIRMU?: Sumber: google cuba kau fikir jika hari ini merupakan hari terakhirmu jika tiada lagi esok dan lusa bagimu selepas ini jika selepa...

Rabu, 17 Mei 2017

petua beli kain untuk buat baju pastikan ukuran ini

#Meter kain yang diperlukan untuk membuat baju adalah berbeza bagi setiap individu

                                            s           m        l           xl
kurung                               4m        4.5m     4.5m      5m
kurung moden                    3.5m        4m     4.25m    4.5m
kurung moden peplum         4m        4.5m     5m         5.5m
kebaya tradisional              3.5m        4m     4.5m       4.5m
kebaya moden                   3.5m        4m     4.5m       4.5m
jubah                                 3.5m        3.5      4m         4.5 m
baju melayu                       4.5m        5m       5m         5.5m

bercorak garisan atau ada kaki tambah 0.5 m kerana kain berkaki plu byk kain untuk nampak cantik. dan corak tak bertabur
kain 60'' boleh tolak 0.5m...
untuk yang berbadan besar jangan beli kain yang siap potong 2meter baju 2 meter kain ye memang tak cukup... baju perlu 2.5 m ye baru cukup. .tapi klu kain yang berkaki x payah beli mmg tak cukup tak kira kurus ke gemok kecuali bidang 60.kadang nak buat kain tak sampai  2 meter pn tapi baju 2.5 meter bergantung pada bentuk badan dan fesyen baju terutama baju yang labuh seperti baju kurung.

Tips agar diri dihormati

Menghormati dan menghargai orang lain

  • perkara yang paling penting untuk mendapatkan penghormatan haruslah menghormati orang terlebih dahulu walaupun orang itu hanya orang bawahan anda ataupun orang yang lebih muda

Berkata benar dan bersikap jujur

  • secara fitrahnya manusia memang tidak suka ditipu jadi jangan lakukan. walau hanya perkara kecil. contoh anda masih dirumah sedang minum teh tetapi apabila anda mendapat pangilan orang yang sedang menunggu anda cakap anda dalam pejalanan. Hati2 mungkin pada ketika itu anak anda sedang mendengar secara tidak langsung anda telah mendidik mereka menipu..jadi jangan salahkan anak bila dia menipu bila dah besar nanti sebab anda yang ajar. Mungkin anak anda juga tidak akan hormati anda kerananya.
  • ingat kepercayaan adalah satu yang sangat berharga sekali hilang mungkin selama2nya hilang. Jadi jangan marah atau rasa terhina bila orang dah tak percaya lagi bila anda bercakap benar..Anda yang cari penyakit ok..satu lagi ingat orang yang ditipu mungkin akan bercerita dengan orang lain tembelang anda kerana tidak mahu orang lain jadi mangsa

Jaga penampilan bersih dan rapi

  • Penampilan sangat penting untuk first impression. Penampilan melambangkan diri anda. Jika sesorang berpakaian seksi selalu dikatakan tak ada maruah. manakala seorang yang selekeh pula dikatakan pengotor.. Jika mahu dihormati jaga penampila agar kelihatan sopan, kemas dan bersih. Selain itu pakailah pakaian mengikut situasi contoh pakai baju formal ketika majlis rasmi dan pakai pakaian yang santai sewaktu berkelah.
  • jangan sesekali kata i seksi tapi hati i baik.. atau i selekeh tapi tak bermakna i pemalas i rajin ok..oops sorry bukan semua orang kenal anda ok..kalau pakaian tak senonoh tu dari jauh pun dah nampak macam mana orang nak hormat kalau mereka tak kenal anda jangan malukan orang terdekat anda ye. nanti tak pasal orang terdekat anda pn hilang hormat kerana rasa malu.

Berlaku sopan dalam perkataan dan perbuatan

  • Berkelakuan sopan sangat penting jika anda berkelakuan buruk memang lah orang tak hormat walaupun anda seorang ketua, atau orang yang dah tua..hehehe jangan marah orang yang berpengalaman sebenarnya..

Percaya diri

  • Anda perlu yakin setiap apa yang anda lakukan..jika tak macamana orang nak yakin dengan anda..mohon pertolongan dari Allah agar hilangkan perasaan was2.

Berpikir positif

  • orang yang berfikiran positif sangat  disenangi ramai kerana bersamanya pasti terasa bermotivasi...anda orang yang hebat jika dapat mengawal fikiran menjadi positif..

Menepati janji

  • memang mudah berjanji.. tapi ingat jangan lakukanya jika tak mampu lakukan..sekali anda mungkir  mungkin selamanya orang tak akan hormat anda lagi


jaga maruah 

  • jaga nama baik anda jangan lakukan sesuatu yang boleh mencalarkan maruah anda. nama yang buruk membuatkan orang tak akan hormat

jangan mengunakan bahasa yang kesat 

  • jangan  bercakap bahasa kesat walaupun bergurau atau hanya 1 perkataan jangan sesekali gunakanya..apalagi jika membebel2 mengunakan bahasa kesat..ia akan menghilangkan maruah diri dan pasti orang yang mendengar tidak akan hormat anda walaupun anda maki orang lain..mungkin waktu itu orang yang menengar kelihatan seperti menyokong dan kesian dengan anda tapi pasti dihati kecil mereka tak sukakan ya..dan mungkin perlahan2 akan jauh dengan anda kecuali jenis talam 2 muka..mereka akan jadi penyokong dihadapan anda tetapi dibelakang anda pula yang jadi bahan..hati2 ye..

Selasa, 16 Mei 2017

Petua kecantikan wanita-Buah Manjakani - Khasiat dan Kelebihannya



Image result for manjakani
Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba. Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu.  Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan.  Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.  


Kandungan Kimia yang terdapat dalam buah Manjakani secara semulajadi ialah 

  • - Tannins 
  • - Gllic Acids 
  • - Antioxidants 
  • - Vitamin ~ A dan C 
  • - Mineral ~ Calcium, Iron 
  • - Fiber
  • - Protein 
  • - Karbohidrat

Panduan Menggunakan Buah Manjakani 

Buah Manjakani Asli 


Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan.  Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat  bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan.  Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani  anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama  2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina.  Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja.  Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.  


Air rebusan buah Manjakani ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman untuk membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda.  Minum air rebusan setiap pagi akan membantu tubuh lebih cergas bertenaga sepanjang hari.  Di samping itu, anda akan mendapat bonus badan yang lebih langsing hanya amalkan minum ½ cawan air rebusan Manjakani suam setiap pagi.  


Selain itu, buah Manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk di makan dengan nasi panas.  Namun begitu rasanya sedikit pahit.  Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji buah Manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak ambil buah tersebut dan potong nipis-nipis ketika buah masih lembut dan makan bersama nasi panas.  Sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang masih dalam tempoh berpantang.  


Serbuk Buah Manjakani 

Buah Manjakani juga boleh di olah menjadi serbuk kering dan dimasukkan ke dalam kapsul.  Cara ini lebih mudah untuk diamalkan terutama bagi mereka yang tidak tahan dengan rasa pahit buah Manjakani.  

Tips pengambilan serbuk buah Manjakani 

  • Sapuan  Istimewa Serbuk Manjakani ini boleh di bancuh dengan air dan dijadikan masker vagina terutama bagi mereka yang bersalin normal.  Ia akan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan.  Selain itu, ia juga membantu memantapkan semula vagina agar lebih anjal dan rapat. 
  • Masker Wajah serbuk manjakani juga boleh dijadikan masker muka untuk merawat kulit berjerawat dan menegangkan wajah.  Hanya bancuh sedikit serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapukan di wajah yang bermasalah.  Anda boleh mengamalkan seminggu sekali sebelum tidur dan cucilah wajah anda keesokan harinya.  Anda pasti teruja dengan hasilnya.  Amalan ini tidak hanya boleh di lakukan oleh ibu-ibu yang telah bersalin malahan juga si dara sunti dan si teruna yang mempunya masalah jerawat.  

Kebaikan dan khasiat Buah Manjakani 

  • Awet Muda - Anti Oksidan yang terdapat dalam buah manjakani dapat membantu melambatkan proses penuaan
  • Mencantikkan kulit  
  • Membantu mencegah jerawat 
  • Pencegahan Diabetes -  Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetes dan asma 
  • Pencegahan dari kanser serviks dan payudara 
  • Membantu merawat  keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan 
  • Tannins di dalam buah Manjakani pula dapat membantu menegangkan oto-otot faraj 
  • Membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina 
  • Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah 
  • Membantu memberi tenaga 
  • Membantu menjaga kesihatan mata - Memperbaiki tahap penglihatan 
  • Kalsium yang terdapat dalam manjakani juga membantu menguatkan gigi dan tulang 
  • Memelihara kebersihan mulut 
  • Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran

Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...