Punca -punca rahim jatuh
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak
langkah pencegahan:
- • Elak berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
- • Melakukan senaman pelvik amat penting walaupun pada zaman bujang. Ia menguatkan otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
- • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelak sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elak daripada meneran di bilik air lebih 15 minit. Sama ada anda puas membuang air atau sebaliknya, sila keluar dari bilik air.
- • Memakai sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
- • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
- • Elak daripada kerap hamil atau mengandung pada jarak yang rapat antara satu-satu kelahiran. Cubalah kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Kesan akibat peranakan jatuh
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang
teruk).
Tanda awal
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengalsengal di bahagian bawah perut.(ariari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebaskebas.
Mengenalpasti
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ariari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahanlahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betulbetul di atas ariari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.
cara2 mengubati
1.Kenal pasti sendiri spt langkah diatas
2.jumpa doktor sakit puan
3.urut dengan bidan untuk sengkak
4.jaga pemakanan. Makan spt pantang bersalin yang terbaik
5.pakai bengkong @ koset dengan saiz yang sesuai
6.pakai stokin
7.makan jamu
8.Bertungku
9.senaman spt dibawah
a.
b.
c.
10.jangan jalan laju2
11.kurang makanan berminyak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan