Rabu, 19 April 2017

tips berdepan dengan musuh

Analisis mereka
adakah mereka hanya merimaskan tapi baik hati atau adakah mereka orang yang ingin anda jatuh

fikir adakah mereka betul
mungkin mereka mempunyai sebab dan hanya ingin menasihati dan mengubah anda menjadi lebih baik. Jadi ambil nasihat mereka dengan tenang.
jika mereka memang berniat jahat abaikan sahaja kehendak mereka jangan peduli apa yang mereka katakan terlalu banyak fikir hanya buat anda stres.

berfikiran positif
jadikan ia satu cabaran untuk jadi lebih baik. jangan biarkan mereka menang. Jadikan ia satu galakan untuk anda untuk capai goal anda sehingga anda rasakan ingin berterima kasih kepada mereka kerana anda berjaya

Berkelakuan baik
Jangan marah2 bila berhadapan mereka cuba untuk bertenang. Kemarahan hanya memberi imej buruk kepada anda dan membuat mereka menang dihadapan halayak.
teguhkan dalam hati bahawa mereka tidak dapat mempengaruhi anda jika anda tidak menghiraukan mereka

cuba untuk mentenangkan hati mereka
jika mereka dekat dengan anda bergaul dengan mereka buat mereka rasa dihargai supaya mereka merasa tenang dengan anda dan tidak melakukan perkara yang buruk sebaliknya kalah dengan kebaikkan anda

ketawa dengan mereka
jika mereka jadikan anda terasa seperti badut sarkas dihadapan halayak ketawa sahaja bersama mereka dan puji mereka pandai bergurau. kerana mungkin mereka memang ingin menunjuk kepada halayak anda panas baran. Jangan biarkan itu terjadi.

maafkan mereka
sesungguhnya hanya kemaafan yang memberikan anda ketenangan. dendam hanya menyakitkan diri anda sendiri. maafkan mereka untuk kebahagian anda sendiri.

sedekah fatihah untuk mereka supaya Allah ampunkan dosa2 mereka
fatihah akan membuatkan hati mereka lembut dengan anda moga Allah hilangkan rasa benci dan tukarkanya dengan kasih sayang sesama manusia

sabar kerana Allah
bersabarlah kerana itu adalah senjata paling sakti. Ingat orang bersabar pasti tidak akan rugi itu janji Allah kepada kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...