Sabtu, 29 April 2017

STOKING JAHIT SENDIRI

tuto ni sy copy dari blog lain. nampak bermanfaat...selamat mencuba










Kaki perempuan Islam adalah aurat. Jadi wajib ditutup. Jika ada kemahiran menjahit, ada mesin jahit, ada perca kain yang sesuai cubalah jahit sendiri stoking.

Mesin yang paling sesuai digunakan ialah mesin jahit tepi biasa. Jika jahit untuk pakai sendiri, boleh guna mesin biasa tetapi untuk kemasan di bahagian dalam gunalah mesin jahit tepi.

Kain yang sesuai pulak ialah jenis yang memeri. Lycra, jersey, cotton t shirt, denim yang memeri dan apa apa material yang anjal.

Jika baru nak cuba jahit, dicadangkan guna baju t lama.

Ukuran boleh diubah, besarkan atau kecilkan mengikut kesesuaian. 

Bahagian D ialah bahagian atas buku lali, jika nak panjang, tambah ukuran. Pastikan ira kain yang paling anjal di bahagian keliling kaki. Jika silap, mungkin susah nak sarungkan kaki.

Jumaat, 28 April 2017

jahit lubang butang kemeja / baju melayu dengan tangan

Alatan yang diperlukan
  1. kapur
  2. tali ukur
  3. pembaris
  4. febrik/baju
  5. jarum
  6. benang
Langkah yang perlu dilakukan

Pastikan target
pastikan bahagian target yang diingini contoh bahagian kaff, kolar, atau rumah butang baju kemeja setelah anda kenal pasti tandakan dengan kapur

pastikan saiz lubang
saiz lubang mestilah sesuai dengan butang yang ingin dipasang. Ukur butang terlebih dahulu
sebelum tanda


Tebok lubang
Lipat bahagian target dan tebok lubang menggunakan kacip

Jahit petak sekeliling lubang dalan jarak 1 hun. Kemudian matikan jahitan


Masukkan jarum dari celah lubang butang dan cucuk tepat2 bahagian belakang benang  yang kita jahit petak tadi. tarik dan ulang semula sekali lagi. kemudian lalukan benang di bawah jarum


ulang sampai siap mengelilingi belahan
masukkan jarum celah lubang cucuk dari  belakang ke belakang petak mengelilingi belahan, lalukan benang ke bawah jarum dan tarik. Ulang lagi sehingga siap dan matikan benang. teknik sama macam jahit insang pari kat cangkuk kain.




dah siap..


Rabu, 19 April 2017

tips berdepan dengan musuh

Analisis mereka
adakah mereka hanya merimaskan tapi baik hati atau adakah mereka orang yang ingin anda jatuh

fikir adakah mereka betul
mungkin mereka mempunyai sebab dan hanya ingin menasihati dan mengubah anda menjadi lebih baik. Jadi ambil nasihat mereka dengan tenang.
jika mereka memang berniat jahat abaikan sahaja kehendak mereka jangan peduli apa yang mereka katakan terlalu banyak fikir hanya buat anda stres.

berfikiran positif
jadikan ia satu cabaran untuk jadi lebih baik. jangan biarkan mereka menang. Jadikan ia satu galakan untuk anda untuk capai goal anda sehingga anda rasakan ingin berterima kasih kepada mereka kerana anda berjaya

Berkelakuan baik
Jangan marah2 bila berhadapan mereka cuba untuk bertenang. Kemarahan hanya memberi imej buruk kepada anda dan membuat mereka menang dihadapan halayak.
teguhkan dalam hati bahawa mereka tidak dapat mempengaruhi anda jika anda tidak menghiraukan mereka

cuba untuk mentenangkan hati mereka
jika mereka dekat dengan anda bergaul dengan mereka buat mereka rasa dihargai supaya mereka merasa tenang dengan anda dan tidak melakukan perkara yang buruk sebaliknya kalah dengan kebaikkan anda

ketawa dengan mereka
jika mereka jadikan anda terasa seperti badut sarkas dihadapan halayak ketawa sahaja bersama mereka dan puji mereka pandai bergurau. kerana mungkin mereka memang ingin menunjuk kepada halayak anda panas baran. Jangan biarkan itu terjadi.

maafkan mereka
sesungguhnya hanya kemaafan yang memberikan anda ketenangan. dendam hanya menyakitkan diri anda sendiri. maafkan mereka untuk kebahagian anda sendiri.

sedekah fatihah untuk mereka supaya Allah ampunkan dosa2 mereka
fatihah akan membuatkan hati mereka lembut dengan anda moga Allah hilangkan rasa benci dan tukarkanya dengan kasih sayang sesama manusia

sabar kerana Allah
bersabarlah kerana itu adalah senjata paling sakti. Ingat orang bersabar pasti tidak akan rugi itu janji Allah kepada kita.


Selasa, 18 April 2017

tips pakai blusher/ pemerah pipi

Image result for tips pakai tudung ikut bentuk mukapemakain blusher sangat membantu untuk menapatkan bentuk muka idaman..semoga tips ini membantu anda untuk kelihatan cantik dan menawan
sumber geogle seach

tips pakai tudung ikut bentuk muka

Image result for tips pakai tudung ikut bentuk muka sumber geogle seach

Sabtu, 15 April 2017

Tips mendidik staff, anak, isteri atau orang lebih muda agar anda dihormati

  • pastikan nafkah yg diberi kpd ank dan isteri halal 100% tidak ade rasuah, pecah amanah, ambil bukan hak samada barang atau masa kerana zat yang tidak halal membentuk aura dan sikap negatif. begitu juga dengan staff sekiranya anda ingin memberi sesuatu pastikan halal
  • tidak memukul anak dari lutut ke atas merupakan saranan agama islam
  • memberi nama pangilan yang baik
  • Tidak memalukan dihadapan halayak
  • berikan pujian terlebih dahulu sebelum nyatakan kelemahan
  • Elakkan mengeluh dihadapan anak dan isteri kerana tanggung jawab menjaga mereka
  • Jadi pendengar yang baik
  • tunjuk contoh yang baik sebelum memberi arahan
  • hargai barang dan orang kesayangan mereka
  • Jangan keluarkan kata2 kesat
  • jangan menyebarkan kelemahan mereka kepada orang lain
  • Lakukan tanggungjawab dengan iklas
  • Tegur staff waktu tiada staff lain jika perlu bawa masuk dlm office anda
  • Jangan bagi tahu kelemahan anak anda kepada anak yang lain begitu juga dengan staff kerana ia mungkin akan menghilangkan rasa hormat sesama mereka
#hati2 dengan tindakan anda..mungkin tanpa disedari anda merupakan penyebab mereka jadi jahat
#orang bawahan anda tanggung jawab anda










































5

kunci rezeki

  1.  Istighfar dan Taubat
  2.  Taqwa
  3.  Berserah Diri (Tawakal) kepada Allah.
  4. Beribadah kepada Allah Sepenuhnya.
  5. Melanjutkan Haji Dengan Umrah Atau Sebaliknya
  6.  Menyambung Silaturrohim
  7.  Berbelanja Di Jalan Allah
  8.  Berbelanja Kepada Penuntut Ilmu Islam.
  9.  Membantu Orang Yang Lemah (Miskin).
  10.  Berhijrah Dijalan Allah.
  11. solat duha
  12. doa
  13. sedekah
  14. Tingkatkan bakti kita kepada orang tua
  15.  Dirikanlah shalat tahajud
  16. Perhatikanlah waktu subuh
  17. Syukuri setiap nikmat walaupun hanya nikmat kecil
  18. berniaga


Selasa, 4 April 2017

Makeup tips: Warna lipstik yang sesuai mengikut warna kulit

Kata orang senyuman satu sedekah..pasti setiap wanita ingikan senyuman yang menawan.
Pemilihan warna lipstik yang sesuai sangat penting untuk senyum yang anda impikan berikut antara warna yang sesuai mengikut skin ton anda dari kulit cerah kepada gelap...

Image result for cara memilih lipstik sesuai warna kulit

Tema Pilihan popular 2017


Antara tema warna popular 2017



  • Jangan gaduh dengan pasangan tau nk pilih tema raya tak baik dosa..Jom pilih sama2..
  • Combinasi 2 warna pn blh cantik ape..
Image result for carta warna

  • memilih kombinasi yang bersebelahan membuat pakaian kelihatan natural. Manakala warna yang berlawanan pula membuatkan ia kelihatan kontra dan ceria. Lihat carta dan contoh kombinasi warna dibawah dari sumber carian imej di geogle

Image result for baju raya sedondonImage result for baju colour blok sedondon  

    lembut dan natural                                   

Image result for baju kurungImage result for baju kurung

kontra dan ceria

  • Mana pilihan anda lembut atau ceria..selamat memilih...

Sabtu, 1 April 2017

Tips Pakaian Raya Untuk Si Jejaka Idaman 2017

Hari ini setiap orang ingin kelihatan mengancam tidak mengira jantina. Tidak seperti dulu selalunya fesyen sering dikaitkan dengan si cantik ayu kini si gagah perkasa juga tidak mahu ketinggalan. Berikut adalah antara tips untuk jejaka mengikut bentuk badan agar tampak segak bergaya.

Jejaka yang agak berisi dan rendah

Pilih saiz yang sesuai
  • saiz yang ketat dan terlalu longar akan menonjolkan kelemahan anda
Pemilihan febrik
  • untuk baju raya seperti baju melayu dan jubah  anda dinasihatkan untuk tidak memilih febrik yang melekap ataupun berkilat seperti satin kerana ia mungkin akan menonjolkan lapisan perut ataupun bonjolan yang tidak diingini,
  • namun jika anda terlanjur suka satin kerana meterialnya yang lembut dan selesa anda mungkin boleh pilih jenis yang ada corak timbul atau bertektur garis tegak.
Pemilihan aksesori
  • pilih jam yang saiznya tidak terlalu besar. Jam yang bersaiz kecil sepeti magik yang menyebabkan anda kelihatan kecil
  • Jangan menggunakan butang baju yang terlau besar. Saiz yang kecil lebih sesuai
    Kolar baju yang sesuai
    • jika anda berminat untuk memakai pakaian yang ada kolar pastikan kolar tersebut tidak terlalu tinggi kerana ia mungkin akan menutup leher anda.
    Labuh baju
    • Jika anda pilih jubah, pastikan jubah anda tidak menyentuh lantai dan menutup kaki anda
    Pemilihan warna
    • Warna yang terlau terang mungkin kurang sesuai untuk anda. Warna yang lembut atau gelap adalah paling sesuai
    Si Tinggi lampai dan kurus

    Corak atau tekstur febik
    • jangan pilih tekstut berjalur kebawah
    Aksesori
    • jangan lupa memakai sampin jika anda memilih baju melayu kerana sampin akan membuatkan anda lebih segak bergaya dan membuat anda tidak kelihatan terlalu tinggi
    • pilih butang baju yang besar membuat anda kelihatan sangat bergaya.
    Labuh baju
    • jika anda memilih jubah jangan terlalu singkat.



    Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

    Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...