Jumaat, 31 Mac 2017

Tips fesyen: Pemilihan febrik raya 2017

Bagi peminat baju kebaya disini ada sedikit tips untuk anda yang sedang mencari febrik apa yang sesuai mengikut jenis kebaya yang ada pilih.

Baju kebaya tradisional


Image result for baju kebaya tradisional

Kebaya tradisional lebih cantik apabila febrik yang digunakan febrik yang bersifat kejung dan keras atau tidak terlalu jatuh contohnya kain cotton, songket atau febrik berunsur kapas. Hal ini kerana sifat febrik seperti ini menyerlahkan bentuk kebaya tradisional yang mempunyai dua kelepet dihadapan. Jika febrik terlalu lembut dan jatuh, kelepet hadapan kelihatan kurang cantik dan tidak kemas.

Kebaya moden


Image result for baju kebaya moden

Bagi kebaya moden pilihan febrik lebih banyak kerana tidak mempuyai kelepet dihadapan jadi ia lebih mudah. Anda boleh pilih apa juga febrik yang anda inginkan semakin ia lembut dan jatuh semakin cantik. tetapi bagi anda yang berbadan besar mungkin perlu lebih berhati2 kerana febrik yang terlalu lembut mungkin menonjolkan kelemahan2 tertentu seperti lapisan di perut semasa anda duduk atau bonjolan2 tertentu.Opps...mungkin anda boleh pilih kain yang lebih tebal dan tidak berkilat. Bagi yang bertubuh slim pilihan febrik bukan masalah untuk anda.

Kebaya nyonya

Image result for kain kasa kebaya nyonya

Kain yang paling sesuai untuk kebaya nyonya ialah kain kasa rubiah






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bahu anda kecil tapi punggung besar baju apa sesuai

Setiap ciptaan tuhan itu cantik jgn merasakan ia sebagai kekurangan. Yang penting bagaimana anda cara anda berfesyen.. untuk menyerlahkan ...