Baju kebaya tradisional
Kebaya tradisional lebih cantik apabila febrik yang digunakan febrik yang bersifat kejung dan keras atau tidak terlalu jatuh contohnya kain cotton, songket atau febrik berunsur kapas. Hal ini kerana sifat febrik seperti ini menyerlahkan bentuk kebaya tradisional yang mempunyai dua kelepet dihadapan. Jika febrik terlalu lembut dan jatuh, kelepet hadapan kelihatan kurang cantik dan tidak kemas.
Kebaya moden
Bagi kebaya moden pilihan febrik lebih banyak kerana tidak mempuyai kelepet dihadapan jadi ia lebih mudah. Anda boleh pilih apa juga febrik yang anda inginkan semakin ia lembut dan jatuh semakin cantik. tetapi bagi anda yang berbadan besar mungkin perlu lebih berhati2 kerana febrik yang terlalu lembut mungkin menonjolkan kelemahan2 tertentu seperti lapisan di perut semasa anda duduk atau bonjolan2 tertentu.Opps...mungkin anda boleh pilih kain yang lebih tebal dan tidak berkilat. Bagi yang bertubuh slim pilihan febrik bukan masalah untuk anda.
Kebaya nyonya
Kain yang paling sesuai untuk kebaya nyonya ialah kain kasa rubiah